Pantun, upacara 'wangkang' diiktiraf warisan budaya Unesco
KUALA LUMPUR: Dua warisan budaya - pantun dan upacara wangkang - berjaya dimasukkan dalam kategori Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco), secara pencalonan berbilang negara.





