SEBUAH kempen bertujuan menghapuskan stigma berkenaan kaum Adam memendam perasaan dan menyembunyikan keperluan mereka mendapatkan bantuan telah dilancarkan sempena Minggu Kesedaran Pencegahan Bunuh Diri.
Kempen anjuran Samaritans of Singapore (SOS) itu, yang diberi nama #SuicideSeesNoGender (bunuh diri tidak membezakan jantina), mahu melenyapkan stigma masyarakat dan mengetengahkan kepentingan meminta pertolongan tanpa mengira jantina.





