JAKARTA: Di tengah-tengah kebimbangan rakyat tentang kes penularan Covid-19 yang semakin meruncing di Indonesia, Presiden Joko Widodo semalam mengumumkan bahawa semua rakyat Indonesia akan diberikan vaksin Covid-19 secara percuma, dengan beliau menjadi orang pertama untuk mendapatkannya.
Republik itu mencatatkan lebih 90,000 kes baharu koronavirus dalam dua minggu pertama bulan ini, sekali gus mengesahkan negara itu kini berdepan dengan penularan Covid-19...





