SEOUL: Jumlah kes Covid-19 di Korea Selatan melepasi 20,000 semalam di tengah-tengah peningkatan bilangan pesakit mengalami keadaan lebih serius, selepas gelombang jangkitan kedua melanda ibu kota Seoul dan kawasan sekitarnya, kira-kira tujuh bulan setelah kes pertama dilaporkan di negara itu.
Angka kes harian baru mencecah 235, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 20,182 awal semalam, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea...





