LONDON: Penyingkiran awal Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara bermakna kedudukan Ole Gunnar Solskjaer sekali lagi menjadi tanda tanya menjelang kunjungan Manchester City ke Old Trafford awal pagi esok, di mana kedua-dua pasukan enggan mengakhiri perlawanan dengan kekalahan.
Pertembungan tetangga Manchester menjadi antara perlawanan Liga Perdana England (EPL) yang mendapat perhatian hujung minggu ini selain kunjungan pendahulu liga Tottenham Hotspurs...





