KUALA LUMPUR: Kemelut politik melanda Perak ekoran kegagalan undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sudah diselesaikan menyusuli pertemuan enam mata membabitkan kepemimpinan tertinggi Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), semalam.
Dalam pertemuan di Bangunan Parlimen itu, pemimpin tiga parti itu mencapai kesepakatan untuk mengekalkan pentadbiran Perak di bawah kerajaan Perikatan Nasional...





