PIHAK berkuasa telah menemui mayat seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang petang Ahad lalu ketika melakukan snorkeling bersendirian berhampiran Taman Marin Sisters' Islands.
Polis mengatakan mereka menemui mayat itu sekitar 5.45 petang di perairan berhampiran pulau tersebut (juga dikenali sebagai Pulau Subar Laut dan Subar Darat) semalam.





