Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari New Zealand, Cik Jacinda Ardern, kerana memenangi pilihan raya bagi penggal kedua.
Dalam suratnya kepada Cik Ardern, Encik Lee berkata kemenangan itu mencerminkan keyakinan berterusan rakyatnya terhadap kepimpinan beliau, khususnya dalam cara menangani pandemik Covid-19, kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).





