Seperti kau, alam juga berkata-kata ada jiwa dilapah kontang lidah musim terjelir seperti serigala dirasuk malam mengekori angin yang tidak berwajah apa gunanya kau menyamar seperti anjing? Matamu tidak menembusi lapisan tanah ribut hanya mematahkan ranting yang rapuh dan kau juga tahu tentang rahsia kesuburan biarpun bukit yang kau pandang bercahaya dan langit petang seperti bidadari telanjang ah....! Kenapa kau...





