Walaupun sudah dikenali di kaca televisyen setempat, beberapa pelakon Singapura mendambakan cabaran dari segi evolusi watak yang boleh dipaparkan. Lantaran itu, mereka tidak teragak-agak menjayakan filem ringkas hasil ilham dan penerbitan pelajar perfileman di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik atau institusi seni setempat. Bayaran tidak menjadi ukuran dek bajet terhad kumpulan pelajar ini. Sebaliknya, keunikan jalan cerita filem ini yang...





