BILANGAN warga Singapura dan penduduk tetap yang disahkan menghidap penyakit HIV tahun ini diramal berkurangan - kurang 300 pesakit buat pertama kali dalam 17 tahun.
Sejak Januari hingga Oktober tahun ini, terdapat 220 kes HIV baru telah disahkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH), pada Selasa (1 Dis) yang juga merupakan Hari Aids Sedunia.





