Orange Valley sedang mengambil langkah pencegahan dipertingkat selepas empat penghuni rumah tumpangan orang tua di Simei yang dikendalinya diuji positif bagi Covid-19.
Ia telah mengenal pasti semua kontak rapat penghuni itu dengan kesemuanya telah diuji negatif, sementara jejak kontak bagi kededua penghuni dan kakitangan di cawangan itu sedang dilaksanakan, kata OV, dalam kenyataan pada Khamis (21 Mei)





