Sejak penubuhannya pada 2011, perkhidmatan My Inspiring Journey (MIJ) Hub – pertubuhan Singapura yang menawarkan sukatan pendidikan akademik dan kemahiran hidup harian untuk pelajar kurang upaya tidak kira bangsa atau agama – kini telah berjaya menjangkau ke Mesir.
Protokol Kerjasama antara Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Misr El Kheir, Dr Ali Gomaa dengan Pengerusi MIJ Hub, Cik Faraliza Zainal, ditandatangani...





