JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia, pada Jumaat (15 Mei) mengumumkan bahawa semua rakyat dan warga asing yang memasuki negara itu perlu menunjukkan sijil kesihatan dari negara asal yang menyatakan mereka telah diuji negatif bagi Covid-19, lapor Antara.
Semua orang yang memiliki sijil ini juga perlu mematuhi larangan jarak selamat dan menjalani pemeriksaan lanjut setibanya di Indonesia.





