KHIDMAT perkongsian kereta elektrik BlueSG, pada Isnin (10 Ogos) berkata kenderaannya telah disewa sejuta kali sejak ia dilancarkan pada 2017.
Khidmat tersebut, sebahagian program rintis Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi inisiatif perkongsian kereta elektrik, kini mempunyai lebih 80,000 pelanggan yang membayar dari $8 sebulan untuk menggunakan salah satu daripada 667 kereta Bluecars.





