TIGA warga Singapura telah dihadapkan ke mahkamah semalam kerana didakwa melanggar Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Seorang daripada mereka, Azhar Khamis, 54 tahun, dikatakan menjalani SHN ketika kembali ke Singapura dari Batam pada 26 Mac. Namun, dia didakwa bermalam di rumah adik perempuan atau kakaknya, dan bukan di kediamannya yang dinyatakan di Tampines.





