SETELAH berjaya menangkap tiga orang di lokasi rusuhan berdarah pada Ahad lepas (10 Mei), polis pada tengah malam tadi mendedahkan ia telah menahan sembilan lagi suspek - lapan lelaki dan seorang wanita - semalam.
Berumur antara 18 dan 28 tahun, mereka ditangkap setelah perburuan polis selama tiga hari oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Jabatan Perisikan Polis dan Bahagian...





