SEBAHAGIAN gelanggang lumba kuda di Kranji akan diubah menjadi kemudahan pemulihan masyarakat (CFF) untuk menempatkan pekerja asing yang diuji positif bagi Covid-19.
Singapore Turf Club (STC) dalam kenyataannya pada Isnin (11 Mei) berkata beberapa kawasan telah dipilih bagi tujuan itu, termasuk tempat meletak kereta bertingkat, tempat meletak kereta B dan kawasan berbumbung di Pusat Menunggang Kuda STC.





