GEDUNG perabot gergasi Sweden, Ikea, akan memperluaskan khidmat dan membuka cawangan ketiga mereka di barat Singapura tahun depan.
Cawangan yang bertempat di pusat beli-belah Jem dan mempunyai keluasan 70,000 kaki persegi akan mengambil ruang tiga tingkat bangunan Jem dan akan menawarkan pelbagai produk Ikea serta sebuah restoran, meskipun ia tidak sebesar dua cawangan lainnya.





