SESI pengambilan pelitup kali ketiga, yang bermula pada 26 Mei lalu, akan berakhir pada Ahad (14 Jun).
Sehingga 8 pagi hari ini, sekitar 3.67 juta pelitup yang boleh digunakan semula telah diambil oleh penduduk sama ada melalui mesin swalayan atau dari kaunter Kelab Masyarakat (CC) dan pusat Jawatankuasa Penduduk (RC).





