SATU program diploma baru dalam media, seni dan reka bentuk (DMAD) telah dilancarkan di Politeknik Singapura (SP) bagi melahirkan lulusan untuk sektor kreatif yang berkemahiran bukan dalam satu tetapi berbilang disiplin. Program diploma itu dibentuk setelah SP melakar semula kurikulum Sekolah Media, Seni dan Reka Bentuk (MAD). Sekolah MAD telah memperkemas semua diploma sedia adanya untuk menghasilkan kursus DMAD baru...





