JAKARTA: Indonesia berkemungkinan besar akan menghadapi musim kemarau yang "lebih kering daripada biasa" di beberapa wilayah pertanian pada tahun ini, kata Presiden Encik Joko Widodo pada Selasa (5 Mei).
Beliau yang juga lebih dikenali sebagai Encik Jokowi, turut menegaskan bahawa langkah berjaga-jaga harus diterapkan untuk menjamin keselamatan dan kestabilan harga makanan.





