MAJLIS Bandaran Tanjong Pagar menganjurkan satu sesi buka puasa menerusi sidang video pada Jumaat (1 Mei) bersama pekerja asing yang melakukan tugas pembersihan di kawasan tersebut.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, bersama seorang lagi AP kawasan tersebut, Encik Melvin Yong, menyertai sesi itu yang diadakan sempena Hari Pekerja.





