TIGA syarikat pembinaan didapati telah berpakat sulit dalam memanipulasi bidaan bagi lapan tender yang ditawarkan Wildlife Reserves Singapore (WRS), kata Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada Khamis (4 Jun).
Firma-firma itu, iaitu Shin Yong Construction, Geoscapes dan Hong Power Engineering - telah berkongsi maklumat mengenai bidaan tersebut serta menyelaraskan bidaan masing-masing bagi tawaran WRS itu antara 1 Julai 2015...





