Ramadan sudah menjelang dan meskipun disambut dalam keadaan yang berbeza kali ini, semangat Ramadan tetap dihidupkan oleh mereka yang dengan rela hati menyebarkan rahmah - dari kerja sukarelawan di bawah terik mentari hingga ke sumbangan amal yang mencetuskan keceriaan. NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) dan HAZIRAH NURFITRAH HANIFAR (hazirahh@sph.com.sg) memaparkan beberapa individu yang bersemangat mengharungi Ramadan sambil menyumbang kembali kepada masyarakat.





