SYARIKAT Procter & Gamble akan mengagihkan sejumlah 300,000 'pek ihsan' mengandungi produk kebersihan bernilai $5 juta kepada pekerja asing di asrama serata Singapura dalam pandemik Covid-19 ini. Syarikat itu akan menderma barangan seperti berus gigi, pisau cukur dan syampu, serta produk pembersihan lain kepada 43 asrama binaan khas dan lebih 1,000 kilang bertukar asrama untuk memastikan kebersihan di tempat tinggal...





