POLIS telah menahan 15 penunggang motosikal lelaki, berusia antara 20 dan 30 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kes perlumbaan haram dan menunggang secara merbahaya.
Menurut polis dalam kenyataannya hari ini, mereka mendapat laporan pada 25 Mei lalu tentang perlumbaan haram yang dipercayai berlangsung di sepanjang Marina South Drive pada 1.25 pagi, 24 Mei.





