Polis sedang menyiasat satu kes kematian luar biasa yang berlaku di Hospital Khoo Teck Puat semalam.
Dalam kenyataannya tengah hari ini, polis menyatakan bahawa seorang lelaki warga India berusia 46 tahun ditemui tidak bergerak di kawasan tangga hospital tersebut dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dihadapinya.





