RIYADH: Arab Saudi hari ini umum pelonggaran sekatan pergerakan yang menghentikan sebahagian besar aktiviti di negara itu akibat wabak koronavirus.
Mulai 31 Mei ini, perintah sekatan di semua kawasan negara itu akan dilonggarkan, kecuali Makkah. Pergerakan di bandar-bandar dan di wilayah-wilayah negara itu sekali lagi akan diizinkan, lapor agensi Saudi Press Agency, hari ini.





