Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Desmond Lee dilihat di cawangan kawasan undi GRC West Coast di Clementi West Street 2 sekitar 8 pagi pada Hari Penamaan Calon pada 30 Jun.
Encik Lee 43 tahun, tersenyum dan melambaikan tangan kepada media tetapi enggan memberi komen apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding di GRC itu.





