KUALA LUMPUR: Polis telah menerima laporan mengenai beberapa tokoh dikenali, termasuk pegawai kerajaan, yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Sabtu (18 April).
Dalam laporannya, BHM, menukil Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata ada laporan polis mengenai kumpulan orang kenamaan atau VIP yang didakwa melanggar PKP.





