SINGAPURA tahun lalu telah melupuskan tiga juta tan sampah dan kira-kira 30 peratus daripada jumlah itu merupakan plastik.
Sampah plastik merupakan bahan yang paling banyak dihantar untuk dibakar, sedang sisa makanan pula di tempat kedua dengan kira-kira 20 peratus, sementara kertas dan kadbod membentuk 19 peratus daripada sampah yang dilupuskan lapor The Straits Times (ST).





