SINGAPURA - Pasaran minyak menjunam ke paras terendah sejak Perang Teluk pada 1991 pada Isnin (9 Mac) setelah keretakan dalam perikatan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) dengan sekutunya, mencetuskan perang harga dalam kalangan negara pengeluar terbesar dunia.
Dalam sesi dagangan paling dramatik, harga dagangan hadapan minyak mentah Brent mengecut sebanyak 31 peratus dalam masa beberapa saat sahaja sesi dagangan dibuka...





