SANDRINGHAM (ENGLAND): Ratu Elizabeth dengan berat hati akur akan keinginan cucunya, Putera Harry, dan isteri beliau, Meghan Markle, mempunyai masa depan yang lebih berdikari, selepas keluarga diraja Britain itu mengadakan perbincangan krisis kelmarin bagi menyelesaikan perselisihan yang semakin melebar dalam keluarga Windsor.
Putera Harry dan isterinya, seorang pelakon Amerika Syarikat, kini akan memulakan "tempoh peralihan" yang akan melihat mereka membahagikan...





