NAIB kadi telah mendekati sekitar 3,000 pasangan Melayu/Islam di Singapura di bawah satu program bimbingan peribadi yang dilancarkan Julai lalu.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberi perkembangan mengenai program Bersamamu itu dalam satu pos di Facebook pada Rabu (4 Mac).





