Marina Mahathir antara aktivis disiasat berkaitan tunjuk perasaan
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia membuka kertas siasatan berkaitan tunjuk perasaan di pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur kelmarin, yang antara lain dihadiri aktivis Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Ambiga Sreenevasan.






