PEMANAH para nasional Nur Syahidah Alim sekali lagi mempamerkan bakatnya sebagai juara dunia apabila beliau berjaya memenangi pingat emas bagi kategori wanita di Pertandingan Ranking Dunia Memanah Para Fazza di Dubai semalam (21 Feb).
Beliau mengalahkan Giulia Pesci dari Italy 139-136 dalam pusingan separuh akhir sebelum menewaskan Maria Andrea Virgilio, juga dari Italy, 135-131, dalam pusingan akhir.





