SETELAH mengikuti program 'I Quit', Encik Shahreil Bakri berjaya membuang tabiat merokoknya selama 19 tahun dan kini mahu menjalani hidup lebih sihat bukan hanya untuk dirinya, malah demi keluarga tercinta.
Beliau terdorong berhenti merokok setelah anaknya dimasukkan ke hospital akibat diserang semput yang mungkin disebabkan oleh asap rokok.





