KUALA LUMPUR: Selebriti kontroversial, Azwan Ali, didenda RM17,000 ($5,610) oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur Jumaat lalu selepas mengaku bersalah memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19, Selasa lalu.
Hakim Azura Alwi juga memerintahkan Azwan, 54 tahun, yang menggelar diri sendiri sebagai Diva AA, menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan, lapor Berita...





