KABUL: Taliban hari ini mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan yang mengorbankan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) termasuk mencederakan beberapa tentera Afghanistan.
Dalam satu mesej WhatsApp kepada AFP, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, pemberontak meletupkan sebuah kenderaan yang dinaiki warga AS terbabit di daerah Char Dara, Kunduz lewat Sabtu lalu.





