WELLINGTON: Lelaki warga Australia yang didakwa melakukan serangan tembakan di dua masjid New Zealand sehingga mengakibatkan 51 umat Islam terbunuh tahun lalu, mengaku bersalah atas semua tuduhan hari ini (26 Mac).
Brenton Tarrant, 29, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan membabitkan tindakan pengganasan.





