JAKARTA: Indonesia akan mengerahkan hampir 200,000 anggota keselamatan di seluruh negara menjelang Hari Natal untuk bersiap sedia terhadap potensi ancaman keganasan, kata polis.
Pihak berkuasa berkata sekitar 192,000 anggota polis dan tentera akan dikerahkan untuk memastikan keselamatan sambutan Hari Natal dan Tahun Baru di merata negara, termasuk Papua yang didiami penduduk majoriti beragama Kristian.





