Suamiku tersayang kau tak sempat menjadi tua sepertiku menemui-Nya di negeri-Nya yang satu ketika usiamu baru empat puluh satu tak disuntik kekecewaan berulit keterharuan di tengah-tengah kerimasan, kekalutan dan kepanasan suasana keruh yang tidak diterjangkakan sampai tergamak amat tergamak anak-anak menjarakkan aku daripada cucu-cucu kesayangan yang tidak berdosa walaupun sekecil kuman menjarakkan aku daripada taman senda gurauan mengusir meskipun untuk...






