HONG KONG: Lima belia Hong Kong ditangkap berkaitan dengan kes kematian lelaki yang dilontar di kepalanya dengan batu sewaktu tunjuk perasaan antara dua golongan, penyokong pemerintah dan antipemerintah kelmarin.
Mengesahkan demikian dalam satu laporan The Straits Times semalam, polis Hong Kong berkata tiga belia lelaki dan dua perempuan berusia antara 15 dengan 18 tahun ditangkap kerana didakwa membunuh, merusuh dan...





