LONDON: Pep Guardiola enggan menyalahkan pemainnya namun menekankan mereka harus meningkatkan persembahan musim depan setelah Manchester City mensia-siakan banyak peluang jaringan, termasuk gagal menyempurnakan tendangan penalti dalam kekalahan 2-0 di tangan Tottenhan Hotspurs Ahad lalu.
Pengurus asal Sepanyol itu memaksa wartawan menunggu hampir sejam sebelum muncul untuk sidang media selepas perlawanan tersebut, sekali gus mencetuskan desas-desus bahawa beliau mengambil masa...





