YAYASAN Mendaki akan memperkenalkan sebuah program latihan lanjutan bagi membantu relawan dan fasilitator program KelasMateMatika@CC (KMM@CC) tingkatkan kemahiran mereka.
Mengumumkan demikian kelmarin, Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata menerusi program latihan baru itu, kepakaran relawan dan fasilitator program itu akan diasah untuk mendekati kanak-kanak dan ibu bapa mereka.





