AKU melihat tubuh Ayah yang terbaring lemah di sudut bilik itu. Mata Ayah separuh terbuka. Tiub oksigen yang diselitkan ke corong dalam hidung merentasi kedua-dua pipinya yang cengkung. Aku masih berdiri di kawasan pintu masuk. Mataku masih menatap Ayah. Sunyi. Janggal pula terasa.
Lazimnya, pada masa-masa lalu ketika Ayah ditahan di hospital, dia akan berbual-bual dengan sesiapa sahaja yang melawatinya....





