SYARIKAT milik penuh Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Pergas Investment Holdings (PIH), telah membeli sebuah bangunan pegangan bebas lima tingkat, Fragrance Building, di 168 Changi Road, pada harga pasaran sebanyak $28.8 juta Disember lalu.
Bangunan itu sebelum ini dimiliki syarikat pemaju hartanah disenaraikan di Bursa Singapura (SGX), Fragrance Group yang membangunkan hartanah hotel dan kondominium di sini...





