Masyarakat India adalah yang terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Singapura.
Ini, ditambah pula dengan kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam kalangan orang India, bermakna akhbar Tamil yang sudah berada dalam keadaan mencabar disebabkan oleh pasaran kecil, menghadapi ujian lebih sukar berbanding akhbar vernakular lain.





