HASIL bedah siasat yang dijalankan terhadap Nora Anne Quoirin, 15 tahun, mendapati punca kematian disebabkan kebocoran pada usus akibat tidak makan dalam tempoh panjang, menurut laporan MyMetro.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, remaja warga Ireland itu meninggal dunia dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui 1.57 tengah hari kelmarin.





